Followers

Thursday, May 19, 2011

Pena nya sentiasa menari di atas landasan kertas.
Tidak berhenti
Sentiasa menari.
Menari menceritakan kisah dia
Kisah hidup dia
yang sarat dengan suka duka

aku suka dia.
Ya aku suka
Tapi bukan cinta
Mungkin itu cinta
Tapi mungkin aku suka.
Bagi dia pula.
Itu hanya suka.
Ya itu hanya suka dan bukan cinta.

Sungguh aku mendambakan nya
Mendambakan nya supaya menjadi milik ku
Sunggug aku ingin hidup bersama nya
Tatkala susah dan senang
Ya aku mendambakan semua itu

Dia lelaki yang penuh dengan misteri
Datang saat aku kesunyian
Datang saat aku kesepian
Datang tatkala aku mendambakan kasih sayang lelaki
Dan pergi bila aku mula menerima nya
Pergi nya bukan sekejap.
Tapi pergi nya mungkin tak kembali lagi.

Dia pergi meninggalkan aku terkapai kapai sendiri.
Mungkin bagi nya semua yang dia berikan itu
Bukan erti cinta tapi erti suka
Tapi tidakkah dia tahu bahawa setiap yang dia beri itu
Semua nya cinta bagi aku?

Mungkin aku sendiri yang salah
Salah erti tentang apa yang diberikan nya
Sungguh aku alpa seketika dengan cinta itu
Semalam, sungguh aku merasa gembira
Dan semalam juga aku meraqsa sedih
Kenapa?
Semua nya angkara dia
Mungkin kerana angkara aku sendiri kerana lalai dengan semua itu
Dan mungkin angkara dia yang kembali memberi semua itu.
Mungkin aku yang bodoh
Memikirkan tentang suka yang diberikan nya
Bodoh memikirkan tentang cinta yang akan aku dapat.