Followers

Friday, March 11, 2011

12/03/2011

dia pergi meninggalkan kami.
dia pergi dan takkan kembali.
hanya air mata sahaja yang mampu mengiringi kepergiaan nya
aku sedih.
hari itu aku ingat lagi. dia membawaku jalan-jalan meronda pekan miri. 
dia membelikan aku baju.
masa itu aku suka.
tapi pagi ini aku menangis meratapi kepergiaan nya.
sudah berbulan aku tak berjumpa dengan nya. 
dan aku tak sangka itu lah hari terakhir aku dengan nya.
dia pergi meninggalkan kami. 
berakhir sudah kesengsaraan yang dihadapi nya.
dari kecil aku memanggil nya mak. 
dari kecil dia menyayangi aku seperti anak kandung nya.
dan aku pula rapat dengan keluarga dia.
dulu, dia selalu suapkan aku makan
mandikan aku. 
dan sekarang, bila aku dah menginjak remaja,
dia pergi meninggalkan kami.
mak, aku jauh, mungkin aku tak dapat balik untuk melihat mak buat kali terakhir. 
ya aku sedih. 
pukul 5 pagi aku dapat call dari sepupu aku.
kata nya mak sudah tiada. 
aku terkejut, dan aku menangis. 
mak, kenapa tinggalkan anak-anak mak yang comel ni.
mak selalu cakap kan yang anak-anak mak comel.
mungkin lepas ni anak-anak mak dah tak dapat na dengar bisikan maja itu
mak dulu selalu bebel rambut anak-anak mak da panjang.
dan mak potongkan rambut mereka. 
kalau ada perayaan, siapa yang nak masakan anak-anak mak lagi?
siapa yang nak masakkan anak-anak mak laksa yang sedap?
mak, anak-anak mak sayangkan mak.